Majikan mulut lancang mungkin salah satu dugaan kerja yang kerap dihadapi majoriti orang di luar sana.
Namun sebaik mana pun pekerja itu cuba profesional, satu hati nanti pasti kesabaran itu akan ‘meletus’ sehingga mendorong perilaku luar kawalan.
Sepanjang kerja, bos kerap marah-marah kepada Husen
Itulah yang terjadi kepada lelaki warga Indonesia bernama M Husen (29) setelah dicekup melakukan jenayah serius terhadap majikannya, Irawan Hutagalung (53).
Baru sebulan menjadi pekerja di syarikat pembekal air RO terbabit, Husen mendedahkan dirinya sering dihamun dengan kata kesat dan dikasari oleh Tuan Irawan jika membuat salah.
Tidak tahan lagi dilayan buruk, Husen rancang sesuatu untuk balas perbuatan Irawan
Ada satu ketika, dia dimarah teruk kerana tersilap menghantar bekalan air kepada pembeli walhal sudah mengikut arahan asal daripada Tuan Irawan.
Walaupun bukan kesalahan sendiri, bosnya malah menuding jari ke atas Husen tanpa rasa simpati langsung.
Lantaran geram, rupanya diam-diam Husen telah membuat plan untuk tamatkan hayat lelaki tersebut.
Awalnya puas hati, kini Husen mengakui menyesal
Kedua-dua tangan dan kepala Tuan Irawan terpisah dari badan, demikianlah perbuatan menyayat hati dilakukan oleh M Husen.
Selepas itu, dia sempat mencuri wang majikannya dan pergi ‘berjoli’ dengan kawan-kawan sebelum ditahan.
Anehnya sepanjang berada dalam kawalan polis, lelaki ini hanya tersenyum dan akui berpuas hati kerana amarah terpendam sudah dilepaskan.
Pun begitu, Husen kemudiannya rasa menyesal dan sempat meminta maaf kepada keluarga Tuan Irawan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar